Penutup

Apabila lahir seorang anak, maka akan lahir bersamanya seorang ibu. Kepandaian bayi tidak hadir bersama kelahirannya, bahkan ibubapalah yang akan membangunkan potensi fizikal, mental dan akhlak anak-anak menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat. Kepandaian ibubapa juga tidak hadir secara tiba-tiba sebaik sahaja anak mereka dilahirkan ke dunia. Maka ibubapa perlu lebih gigih menimba ilmu untuk menjadi ibubapa cemerlang. 

Jika seorang doktor perlu belajar bertahun-tahun, membuat praktikal di hospital dan sebagainya untuk memastikan mereka tidak melakukan tindakan yang membahayakan pesakitnya. Maka sebagai ibubapa, kita perlu lebih gigih utuk belajar menjadi ibubapa cemerlang agar kita tidak mencelakakan anak-anak kita dalam proses pendidikan mereka. Kesilapan mendidik anak tidak dapat diundur kembali. Maka pastikan kita sekeluarga selamat daripada api neraka Allah.

“Jagalah dirimu dan keluargamu daripada azab api neraka ” (At-tahrim : 6)

Semoga ebook Panduan Lengkap Menyambut Kelahiran Bayi menjadi pelaburan berharga untuk anda mendidik anak, cucu, cicit dan generasi seterusnya. Selalulah mendoakan anak-anak menjadi generasi pintar soleh. Semoga kita akan dapat berkumpul di syurgaNya. Yang baik datangnya daripada Allah dan yang tidak baik itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Maaf zahir dan batin.


Dari tinta penulis,
Siti Rohana binti Ghazali, 
http://panduankelahiran.blogspot.com/   
http://anak-teladan.blogspot.com/   

Kembali ke Menu Utama