Ebook Panduan Lengkap Menyambut Kelahiran Bayi akan banyak membantu anda untuk mengharungi saat-saat kehamilan, melahirkan sehingga membesarkan anak. Segala tips, bacaan, bahan kursus keibubapaan dan pengalaman menjadi ibubapa kami bukukan dalam ebook ini sebagai satu rujukan untuk kami dan juga anda dalam membesarkan anak pada awal kehidupan mereka. Paling menarik, ia juga bakal diwariskan sebagai rujukan untuk membesarkan cucu kami dan generasi seterusnya.
Sempena mengingati jasa nenda saya, Wan Bidah binti Wan Muda yang telah meninggal pada hari Ahad tanggal 7 Disember 2014 pukul 1.30 pagi. Saya dedikasikan isi seluruh buku ini secara PERCUMA buat semua pembaca. Semoga pahalanya terus mengalir buat yang hidup dan yang telah pergi... Amin.
Nota: Klik pada isi kandungan yang ingin anda ketahui.
Prakata
Bab 1 : Kehamilan
Bab 2 : Senarai barang ibu dan anak
Bab 3 : Tips memilih hospital bersalin
Bab 4 : Bilakah waktu bersalin ?
Bab 5 : Apakah tanda-tanda anda bakal bersalin ?
Bab 6 : Tips mudah bersalin
Bab 7 : Saat-saat di bilik bersalin
Bab 8 : Pembedahan Cesarean
Bab 9 : Sehari di wad bersalin dan wad Jaundis
Bab 10 : Panduan memilih nama bayi
Bab 11 : Panduan pendaftaran kelahiran bayi
Bab 12 : Sehari bersama bayi
Bab 13 : Rahsia tangisan bayi
Bab 14 : Panduan merawat penyakit bayi
Bab 15 : Imuninasi bayi dan kanak-kanak
Bab 16 : Nota penyusuan susu ibu
Bab 17 : Penanaman akiqah seawal usia bayi
Bab 18 : Nota ibu berpantang
Bab 19 : Koleksi resipi untuk ibu berpantang
Bab 20 : Nota ibu bekerja
Bab 21 : Pintar soleh
Bab 22 : Mengembara bersama bayi
Bab 23 : Perancangan keluarga
Penutup
dari meja,
Siti Rohana binti Ghazali (ummu uswah)
(Penulis ebook Panduan Lengkap Menyambut Kelahiran Bayi)
p.s. : ebook ini amat penting buat anda untuk memahami dunia baru anda sebagai ibu dalam membesarkan seorang bayi. Apabila lahir seorang bayi, maka akan lahirlah bersamanya seorang ibu. Bapa dan pengasuh bayi juga wajib memilikinya untuk melicinkan tugas anda menjaga bayi ini.
p.p.s. : Pelbagai bacaan, kursus keibubapaan, kumpulan pengalaman para ibu dan pengalaman sendiri membesarkan empat orang anak saya adunkan dalam ebook ini khas untuk anda.
p.p.p.s : Sedekahkan al-Fatihah kita kepada ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia.