Anak-anak tidak hanya datang dengan kebahagiaan dan gelak-ketawa. Dia datang dengan kelebihan dan kekurangan, kesedihan dan kegembiraan, hak dan tanggungjawab. Maka ibubapa perlu siap untuk menghadapi setiap kemungkinan yang bakal dihadapi dengan kehadiran anak-anak yang dikatakan pelengkap hidup berumahtangga.
Tangisan anak cukup untuk membuatkan anda strees terutama ketika anda penat, lapar dan mengantuk. Pada anda, anak cukup merimaskan anda dengan tangisan mereka yang sukar dimengertikan apatah lagi dalam keadaan diri anda yang tidak tenang dalam menghadapi situasi tersebut. Kejadian ini, seringkali membawa ibubapa kepada tindakan yang tidak sepatutnya atau penderaan fizikal serta mental terhadap anak-anak. Jadi, belajarlah mengenali bahasa tangisan bayi dan cara menenangkannya.
Kenapa bayi menangis ?
Tangisan adalah cara bayi berkomunikasi dengan anda. Biasanya, bayi akan menangis dalam menyatakan kondisi mereka seperti :
a) Lapar
Bayi kecil lebih sering merasa lapar karena ruangan perutnya agak kecil menyebabkannya menyusu lebih kerap.
b) Kepanasan atau kedinginan
Bayi mudah dipengaruhi oleh suhu di sekelilingnya. Jadi kenakan pakaian tipis yang menyerap keringat bila kepanasan dan kenakan pakaian yang menutup lengan dan kaki bila kedinginan.
c) Kolik atau kembung
Kolik biasanya disebabkan oleh makanan yang dimakan oleh ibu yang menyusu, bayi tertelan angin ketika menyusu botol atau menangis terlalu banyak.
d) Lampin basah atau kotor
Bayi akan menangis apabila dia tidak selesa dengan kondisi lampinnya yang dibasahi dengan air kecil dan besar. Kelewatan anda menukar lampinnya yang kotor akan menyebabkan ruam lampin pada bayi.
e) Kesakitan
Bayi akan menangis karena digigit serangga seperti semut atau nyamuk, demam, selsema, baru tumbuh dan sebagainya.
f) Bosan
Bayi juga ingin diangkat dari tempat tidurnya atau diajak berjalan-jalan keluar dari tempat kediamannya.
Mengesan nada tangisan bayi.
Jika anda memperhatikan dengan teliti, anda akan mendapati lima jenis bunyi tangisan yang dihasilkan oleh bayi anda.
a) Bunyi seakan "OWH" adalah menandakan jika bayi tersebut mengantuk.
b) Bunyi seakan " Neh" menandakan jika bayi tersebut lapar.
c) Bunyi seakan " Heh" menandakan jika bayi tersebut dalam posisi yang tidak selesa.
d) Bunyi seakan " Eir" menandakan jika bayi tersebut mahu membuang air besar.
e) Bunyi seakan " Eh" menandakan jika bayi tersebut mahu bersendawa.
Seiring dengan peredaran masa dan pengalaman, anda akan lebih arif dengan keperluan bayi anda.
Apakah tindakan kita ?
Jika anak anda menangis, pertamanya sedarlah bahawa dia sedang menyatakan kondisinya yang sedang lapar, sakit, tidak selesa, takut atau inginkan perhatian. Kemarahan anda tidak akan pernah menghentikan tangisannya kerana anda belum memenuhi hak yang dimintanya.
Kedua, anda perlu sedar bahawa anak memerlukan anda untuk menyelesaikan masalah mereka. Maka fokuskan fikiran anda pada cara penyelasaian dan bukan pada kondisi anda yang lapar, penat atau mengantuk. Dengan cara ini, anda akan lebih tenang, sabar dan bertenaga untuk menyelesaikan permintaan anak.
Ketiga, lihat tanda-tanda lain, bunyi tangisan dan kebiasaan kelakuan pada anak. Anda mungkin boleh memberinya susu atau mendodoikannya sehingga lena. Jika tangisannya masih berlarutan, anda perlu mengesan kesakitan padanya seperti mengetuk perutnya dengan jari (kembung), membuka ikatan barut perut (jika ada), kesan luka atau gigitan serangga dan sebagainya. Anak juga mengkin ada tabiat tidur dalam buai tapi tidak dapat tidur kerana anda tidak membawa buainya bersama saat balik kampung.
Keempat, setelah anda mengetahui punca tangisan anak, maka cepat-cepatlah memenuhi keperluan tersebut. Jika anda gagal mengesan punca tangisan anak atau tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, bawalah anak anda ke klinik atau hospital 24 jam. Kecederaan atau kesakitan yang dialami oleh bayi boleh membawa maut jika anda tidak bertindak dengan segera.
Jika anda tidak dapat melakukan langkah demi langkah yang saya sarankan di atas kerana kondisi emosi yang belum stabil, adalah lebih baik anda menyerahkan tugas menjaga anak tersebut kepada pasangan atau mereka yamng lebih arif dalam menyelesaikan keperluan anak-anak. Tujuan pengasingan ini adalah untuk memberi ruang kepada anda untuk bertenang dan mengelakkan tindakan yang kurang waras terhadap anak.
Dalam kesabaran, anda akan menemui banyak hikmah di atas segala kesulitan dan kepayahan yang anda lalui. Maka, mohonlah kepada Allah agar anda dicucuri kesabaran yang teramat banyak terutama dalam mendidik anak-anak. Jangan sekali-kali melakukan sesuatu yang membuatkan anda menyesal di kemudian hari.
Setelah saya menggunakan Mayyababy Cream, proses menjaga bayi jauh menjadi lebih mudah. Bayi sihat dan senang diurus. Kurang meragam dan tidur dengan lena. Ibu dapat rehat dengan lebih optimum, jadi emosi ibu lebih terjaga berbanding sebelumnya.