Bab 14 : Panduan Merawat Penyakit Bayi

Ruam Lampin
Ruam lampin terjadi disebabkan oleh lampin pakai buang yang sering dibasahi oleh air kecil atau besar dalam jangka masa yang lama. Kulit bayi pada bahagian kemaluan, celah kangkang dan punggung akan kelihatan kemerah-merahan disebabkan oleh kejadian ini. Bayi anda akan berasa pedih, gatal dan menangis. Dalam keadaan ini, bayi biasanya lebih senang didukung berbanding diletakkan di atas tilam.

Bagi mengelakkan kejadian ini, pastikan lampin pakai buang ditukar apabila ia telah basah dan tidak digunakan dalam jangka masa yang sangat lama. Pastikan kemaluan bayi dicuci dengan air bersih dan dilap dengan kering sebelum memakaikan lampin pakai buang yang baru. Anda juga perlu memastikan lampin pakai buang yang digunakan sesuai dengan kulit bayi anda kerana ketidaksesuaian ini juga menyebabkan ruam lampin terhasil.

Jika bayi anda dijangkiti ruam lampin, tukar lampin pakai buangnya, bersihkan kemaluan dengan air, keringkan dengan kain bersih, sapukan ruam dengan Dropolin dan biarkan bayi tanpa lampin pakai buang supaya ruamnya kering. Jika bayi ingin didukung, dukunglah dalam keadaan yang diingininya. Bayi akan berhenti menangis bila didukung dalam keadaan yang diinginya. Biasanya bayi suka didukung dengan merapatkan belakangnya pada dada anda. Letakkan satu tangan untuk mengampu punggung bayi dan satu tangan lagi mendakap dada bayi. Bawalah bayi berjalan-jalan di dalam rumah dan melihat pemandangan melalui tingkap jika hari masih siang. Susukanlah bayi seperti biasa.

Lapik tilam bayi dengan lapik plastik dan kain lampin kerana dia tidak memakai lampin pakai buang.  Dalam situasi bayi terkena ruam lampin dan merengek-rengek kerana tidak selesa, ibu atau penjaga perlu sabar dengan kerenah bayi. Wujudkan rasa empati pada keadaannya agar anda optimis dengan apa yang terjadi. Jika anda kepenatan, mintalah seseorang untuk menggantikan tempat anda. 

Tapi, cara mudah untuk melegakan ruam lampin adalah dengan sapuan nipis Mayyababy Cream. Ruam ringan hanya cukup dengan 1 sapuan nipis Mayyababy Cream dan dipakaikan diapers seperti biasa. Baby tak merengek dan tidur dengan lena. Ibu takkan penat untuk mendukung bayi seperti cara di atas.


Kembung (Colic)
Kembung adalah keadaan di mana perut bayi diisi oleh angin yang menyebabkan rasa tidak selesa pada perut bayi dan menyebabkannya menangis. 

Bagi mengelakkan bayi kembung, sendawakan bayi selepas minum susu, jika menyusu botol pastikan susu yang diberikan sesuai dengan bayi anda dan lubang puting botol susu tidak terlalu besar menyebabkan bayi menelan angin ketika menyusu, tidak menangis berlebihan dan lampin pakai buang tidak terlalu basah. Pakaikan barut perut, stokin kaki dan tangan serta sapukan minyak bayi pada perut, belakang, betis dan tapak kaki bayi terutama selepas mandi. Pastikan ibu menyusu tidak mengambil makanan sejuk seperti ais, ais cream dan makanan berangin seperti kekacang, kubis dan sebagainya.

Anda boleh mengesan kembung pada bayi dengan mengetuk perut bayi dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah. Bunyi kuat terhasil daripada ketukan jika perut diisi dengan angin. Jika ia berlaku, kenalpasti puncanya dan selesaikan masalah tersebut. Letakkan minyak pada perut, belakang, betis dan telapak kaki bayi. Urut bahagian tersebut perlahan-lahan. Tukarkan lampin pakai buangnya jika telah basah.

Jika tangisan bayi semakin keras kerana kembung, bawalah bayi anda bertemu doktor di klinik kesihatan atau klinik 24 jam. Doktor akan memberikan ubat angin untuk membuang angin dan ubat lawas jika bayi belum membuang air besar sejak semalam.

Cara MUDAH untuk menghilangkan kembung ialah dengan sapuan Mayyababy Cream dengan urutan I LOVE YOU. Angin terus keluar dari perut bayi dan kemudian tidur lena sampai pagi.

Ruam Susu
Ruam susu adalah tompok tompok putih yang wujud pada kulit bayi terutama bahagian muka disebabkan reaksi kulit yang nipis terhadap susu yang tumpah pada kulit setiap kali menyusu.

Bagi mengelakkan ruam susu daripada terjadi, lapkan muka bayi sebelum dan selepas menyusu dengan air bersih. Pastikan air susu ibu tidak tumpah pada muka bayi ketika menyusukannya dan lubang botol susu tidak terlalu besar sehingga susu formula tumpah ke atas mukanya.

Jika bayi dijangkiti ruam susu, lap muka bayi dengan air sebelum dan selepas menyusu. Kemudian, keringkan dengan kain bersih. Jangan gunakan krim atau bedak pada kawasan tersebut. Ruam susu akan hilang dalam masa beberapa hari. 

Cara MUDAH untuk menghilangkan ruam susu adalah dengan menggunakan Mayyababy Lotion. Ia cepat melembabkan kulit dan menjadikan kulit bayi kembali gebu.

Demam
Demam adalah tanda yang menunjukkan badan sedang melawan bakteria, virus atau benda asing. Apabila badan diserang oleh bakteria, virus atau benda asing, otak akan menghasilkan hormon prostaglandin untuk membolehkan badan menghasilkan sel ‘T’ yang berupaya melawan penyakit. Pengeluaran dan kematangan sel ‘T’ memerlukan suhu 100’F sehingga 102’F. Kejayaan sel ‘T’ melawan penyakit akan meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit pada masa mendatang.

Jika bayi anda demam, pastikan suhu badan anak tidak terlalu tinggi sehingga membawa kepada demam panas dan sawan. Pakaikan pakaian yang biasa dipakai oleh bayi. Lapkan badan bayi dengan span dan air suam untuk menurunkan suhu badannya. Beri bayi menyusu dengan banyak untuk mengelakkan bayi kehilangan air dari badan dan membolehkan haba dikeluarkan daripada kencing. Pemberian ubat demam seeloknya dielakkan melainkan benar-benar diperlukan.

Sila bawa bayi ke klinik bila demam tidak kebah selepas 48 jam, suhu badan melebihi 102’F, pernafasan menjadi terlalu cepas atau terlalu lemah, ubun-ubun tenggelam atau bengkak, muntah, leher menegang dan gerak-geri mata yang menunjukkan tanda awal sawan. 

Jika bayi demam selama 3 atau 4 hari disertai bintik-bintik merah, itu adalah tanda bayi anda dijangkiti demam campak. Demam akan berkurang selepas ruam tersebut hilang daripada badan bayi. Di sesetengah kawasan, bayi akan dimandikan dengan air kelapa selepas kebah daripada demam campak.

Cara MUDAH untuk turunkan suhu badan bayi adalah dengan sapuan Mayyababy Cream pada dahi, leher, dada, belakang dan ketiak bayi.

Selsema
Selsema biasanya disebabkan oleh jangkitan virus pada hidung dan kerongkong. Pengalaman selsema akan meningkatkan daya tahan diri untuk melawan penyakit pada masa mendatang. Virus biasanya hinggap jika bayi kurang rehat, kurang tidur dan kerang selera makan. 

Tanda-tanda selsema ialah hidung berhingus, bersin, demam, sakit kerongkong, batuk, lemah, sakit otot, tidak selera makan dan kerap menangis. Jika bayi anda mendapat selsema, sedut hingus bayi bagi mengelakkan ia menjadi lebih pekat dan merebak ke bahagian lain. Hingus mengandungi sel-sel mati dan bakteria. Jika jangkitan sampai ke kerongkong, tekak akan rasa sakit, batuk dan berkahak. Kahak mengandungi kuman dan sel-sel mati. Beri bayi minum banyak air atau kerap menyusu untuk membuang kahak.  

Mayyababy Cream membantu mencairkan kahak bayi. Hidung tersumbat hilang dan bayi tidur dengan selesa.

Ruam Pada Leher
Ruam pada leher terjadi apabila leher bayi yang berlipat-lipat digenangi oleh peluh dan air susu dalam masa yang sangat lama. Anda akan mendapati biji-biji air yang akan pecah dan berwarna kemerah-merahan. Jika hal ini terjadi, bersihkan leher bayi dengan air suam dan sapukan dengan tepung ubi kayu (kanji). Pastikan ianya sentiasa dalam keadaan kering. Elakkan bersabun ketika memandikan bayi. Anda juga boleh membeli ubat ruam untuk bayi di farmasi.

Mayyababy Lotion dapat membantu ruam hilang dengan lebih cepat dan bayi tidur dengan lena serta wangi.

Jaundis
                                                     
a) Apa itu jaundis?
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.

b) Apa itu bilirubin?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

c) Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?
Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

d) Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?
1. Fisiologi jaundis
Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

2. Patologi jaundis
Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:
o Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah 'O').
o G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir. 
o Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

e) Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?
Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
• Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.
• Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
• Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

f) Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?
Bayi anda mungkin sihat jika :
• Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
• Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
• Bayi anda sihat dan aktif.
Walau bagaimanapun sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

g) Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?
Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
• Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
• Peningkatan kekuningan yang cepat
• Bayi anda mengalami G6PD defisiensi
• Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk
• Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
• Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat

h) Apakah yang doktor akan lakukan?
Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.

i) Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?
Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:
• Gangguan pendengaran di mana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
• Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)
Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

j) Apakah rawatan yang diberikan?
Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:
1. Rawatan foto
Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.

2. Pertukaran darah.
Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Pencegahan jaundis adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk. Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

k) Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?
Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut di klinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran. Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

Senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh pengidap G6PD defisiensi ialah kacang parang, Herba cina yang tertentu, Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidiixic acid, bahan kimia, ubat gegat (jangan gunakan pada pakaian.).

Cara MUDAH untuk menurunkan jaundis ialah dengan membuatkan bayi lawas dengan sapuan Mayyababy Cream. Jaundis akan keluar melalui najis.

Nota : Setelah saya menggunakan Mayyababy, ternyata menguruskan masalah kesihatan bayi jauh lebih mudah berbanding cara lama yang saya kongsikan sebelum ini. Ibu boleh menghubungi saya di talian 01164678990 untuk tahu tentang Mayyababy.

Kembali ke Menu Utama