Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan. Berikut adalah gambar-gambar proses imunisasi dilaksanakan :
Penggunaan vaksin di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Nota:
1. Semua penyakit di atas boleh berjangkit dari seseorang kepada seseorang kecuali Tetanus (dimana ia disebabkan luka di badan akibat pencemaran oleh tanah yang mengandungi bakteria)
2. #-wP - vaksin digunakan kesemua sel Pertusis
3. Vaksin berikut boleh didapati di klinik swasta :
a) aP acellular Pertussis yang diperbuat daripada kompenan bakteria
b) Varicella (demam cacar air)
c) Influenzae
d) Hepatitis A
e) Demam taifod
Jadual Imunisasi
Nota :
• Imunisasi Hib dan MMR tidak diberi oleh KKM sebelum Julai 2002.
• Sebelum tahun 2002, vaksin campak diberi sebagai vaksin tunggal pada usia bayi 9 bulan. Ketika ini vaksin ini hanya diberi kepada bayi di Sabah yang berusia 6 bulan.
Komplikasi penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi
Nota - Semua penyakit di atas sangat berbahaya dan boleh membawa kematian.
Kesan sampingan dan keselamatan vaksin
Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). Kesan sampingan adalah ringan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).
Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut :
• Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku otot kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan.
• Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius
Langkah berjaga-jaga dan tanda-tanda semasa imunisasi adalah biasa.
1. Penjagaan berikut perlulah diberi perhatian :
a) Kesakitan yang sedikit tanpa demam bukan merupakan tanda imunisasi
b) Reaksi yang sedikit selepas mengambil telur bukan merupakan tanda suntikan campak
c) Walau bagaimanapun, jika bayi anda mempunyai kesakitan yang teruk dengan suhu badan yang melebihi 38°Celsius, imunisasi akan ditangguhkan sehingga bayi sihat.
d) Jika bayi mempunyai lebam yang jarang berlaku, suntikan akan menyebabkan pendarahan pada otot.
2. Situasi dan tanda-tanda berikut jarang berlaku semasa imunisasi :
a) Vaksin hidup (OPV, MMR adalah kontra indikasi untuk bayi-bayi yang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah disebabkan oleh penyakit serius atau penggunaan ubat-ubat tertentu (penggunaan steroid jangka panjang, rawatan kanser). Bagaimanapun apabila bayi telah sihat, imunisasi boleh diberikan.
b) Kanak-kanak yang telah dikenalpasti alah terhadap pemberian imunisasi yang lalu (anaphylaxis)
Tips imunisasi
1. Pencegahan penyakit melalui imunisasi jauh lebih baik daripada rawatan, jika penyakit itu berlaku. Pastikan bayi mendapat imunisasi yang lengkap mengikut jadual imunisasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
2.Vaksin adalah berkesan dan kesan sampingan yang dialami adalah perkara biasa dan tidak serius.
3. Sila berjumpa doktor, jika bimbang mengenai tanda-tanda kontra indikasi pada bayi selepas imunisasi.